Posted in PROGRAM

PROGRAM JOM JADI REMAJA HEBAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak buka sesi persekolahan 2023/2024 ini, tidak sempat cikgu ingin mengemaskini program yang dijalankan di sini.

Hari ini cikgu ingin mengambil peluang untuk menulis mengenai Program Jom Jadi Remaja Hebat. Program ini diadakan bagi mendedahkan kepada murid mengenai kesihatan sosial iaitu pergaulan yang sihat dalam kalangan remaja.

Kita semua maklum bahawa fasa perkembangan remaja adalah satu fasa yang sangat mencabar. Anak-anak sangat teruja untuk mencuba sesuatu. Sekiranya tiada panduan, maka tidak mustahil mereka tersalah mencuba perkara yang negatif.

Objektif program pula adalah untuk memberikan panduan mengenai cabaran sebagar remaja terutamanya semasa bergelar murid, memberikan motivasi kepada murid supaya mempunyai matlamat belajar yang jelas dan fokus kepada tujuan hadir ke sekolah, mengelakkan murid daripada melakukan kesalahan disiplin secara berulang dan berterusan seperti ponteng kelas dan tidak hormat guru. seterusnya objektif terakhir adalah untuk menggalakkan murid menjaga batas pergaulan antara kawan yang berlainan jantina.

Pada hari Isnin, 3 Julai 2023, Unit Bimbingan dan Kaunseling menguruskan majlis pelancaran Program yang telah dirasmikan oleh pengetua sekolah iaitu En Rosli bin Jamaludin. Manakala pada hari Selasa, 4 Julai 2023, aktiviti diteruskan dengan Program LDK Jom JAdi Remaja Hebat. LDK ini dikendaliakan oleh barisan fasilitator daripada Universiti Sains Islam Malaysia seramai 15 orang.

Contoh perkara yang boleh dilakukan dalam mencapai target menjadi remaja yang hebat. Ini adalah sekadar panduan.

Majlis Pelancaran Program Jom Jadi Remaja Hebat

Cikgu Eema sedang mengacara majlis perasmian Program Jom Jadi Remaja Hebat

Tuan Pengetua, En Rosli bin Jamaludin sedang menyampaikan ucapan perasmian Program Jom Jadi Remaja Hebat

Barisan pentadbir dan Guru Bimbingan dan Kaunseling bergambar bersama gegantung program selepas majlis pelancaran

LDK Jom Jadi Remaja Hebat

Antara peserta program yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 4 dan 5

Murid bersama fasilitator kumpulan masing-masing

Posted in Uncategorized

Selamat Hari Guru 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Lama cikgu menyepi kerana sedang cuti bersalin. Alhamdulillah malam ni berkesempatan menaip untuk mengucapkan selamat hari guru buat semua insan yang bergelar pendidik.

Alhamdulillah juga untuk tahun kelapan menyambut hari guru sebagai seorang pendidik. Sepanjang tempoh ini cikgu berpeluang menabur bakti di tiga buah sekolah. Cuma tahun ini sunyi sedikit sambutan hari guru kerana masih bercuti bersama baby Harraz. Hanya dapat melihat kemeriahan kawan-kawan seperjuangan menyambut hari guru dan hari raya.

Dikesempatan ini juga eema ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua cikgu yang mengajar eema dahulu sehingga akhirnya bergelar seorang guru juga. Mereka adalah kedua ibu dan ayahku, guru-guru di Pasti As Solihin, guru-guru di SK Kem, guru-guru di Maahad Muhammadi Perempuan dan pensyarah-pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti kalian. Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.

Selamat hari guru
Posted in PROGRAM

PEMANTAPAN JATI DIRI DALAM KALANGAN MAHASISWA/I

Assalamualaikum dan salam sejahtera, lama dah cikgu tidak menaip di sini. Hari ni terpanggil untuk berkongsi tentang program yang dah berlalu malam tadi. Sebenarnya cikgu hanya memenuhi jemputan bekas murid cikgu semasa bertugas di Sabah dahulu. Bekas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) cikgu sendiri.

Mereka siap designkan poster cantik-cantik lagi. terbaiklah semua. Kerjasama yang mantap dengan ahli kumpulan bagi melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah walaupun semua berhubung hanya melalui alam maya. Mereka belum bersemuka disebabkan pandemik ini.

Moderator ni la bekas PRS cikgu. Tahniah Jeromey

Perkongsian cikgu malam tadi adalah berpandukan slides dibawah. Jemput tengok ya. Semoga bermanfaat buat semua.

Bergambar sebelum sesi tamat. Tahniah semua

Sebenarnya dalam google meet ni hanya AJK sahaja yang masuk. Penonton pula melihat perkongsian ini di facebook live.

Posted in kata-kata hikmah, SATU HARI SATU INFO

KATA-KATA MOTIVASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat murid-murid yang cikgu kasihi sekalian. Apa khabar? Semoga awak semua sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Hari ini cikgu ingin kongsikan kata-kata motivasi seperti di bawah. Jom kita renungi bersama. Kadang-kadang bila kita buat sesuatu dan menemui jalan buntu, kita terfikir untuk kembali ke waktu lepas untuk memulakan membuat yang terbaik untuk selesaikan perkara tadi, namun semua itu adalah sangat mustahil.

Tetapi kita masih boleh meneruskan untuk mendapatkan hasil yang terbaik dengan memulakan semula perkara yang menemui jalan yang buntu tadi sehingga mencapai matlamat. Tidak salah kalau kita mencuba beberapa kali sehingga berjaya!

Kadang-kadang kegagalan lalu boleh memandu kita untuk lebih berjaya.

Posted in PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL, SATU HARI SATU INFO

SENYUMLAH

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Terima kasih kerana masih setia mengunjungi “teratak” cikgu. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian cikgu.

Hari ini cikgu ingin bercerita mengenai SENYUM. Seronok kan bila ada orang senyum dekat kita? Secara automatik kita akan membalas senyuman tersebut. Walaupun kadang-kadang kita tidak kenal atau rapat dengan orang yang senyum tersebut.

Senyum mempunyai aura positifnya yang tersendiri. Mampu mengubah duka menjadi lega. Mampu mengubah resah menjadi redha.

DUA MANFAAT SENYUM

MELEGAKAN STRES

Tahukah anda senyum dapat melegakan stres yang dihadapi? Bukan setakat melegakan diri anda sendiri, malahan memberi kesan positif kepada orang sekeliling anda. Namun ingat, janganlah tersenyum sepanjang masa sehingga orang ingat anda kurang siuman pula !

TERLIHAT LEBIH MUDA

Ini sangat menarik. Tahukah anda senyum dapat melihatkan anda menjadi lebih muda? Itulah petua awet muda, perbanyakkan senyum, kurangkan marah. Otot yang kita gunakan untuk tersenyum membantu mengangkat wajah, sehingga akan terlihat awet muda. Malahan, orang yang tersenyum akan terlihat lebih menawan!

PENUTUP

Cikgu rasa setakat ini sahaja perkongsian cikgu berkaitan senyum. Jom semarakkan budaya senyum pada “tempatnya”. Jangan tersenyum sendiri pula ya. Atau senyum kepada rakan berlainan jantina untuk berkenalan dan bercinta pula!

Semoga kehidupan kita semua lebih positif, ceria dan bahagia. Salam sayang dari cikgu buat anda semua.

Posted in PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL, SATU HARI SATU INFO

JOM KAWAL MARAH ANDA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini cikgu ingin berkongsi mengenai bidang psikososial dan kesejahteraan mental. Topik yang cikgu pilih untuk perkongsian kali ini adalah mengenai MARAH. Apa itu marah?

PENGENALAN
Kemarahan terbina secara perlahan-lahan dan menyebabkan perubahan pada
fisiologi badan. Kemarahan juga merupakan satu masalah emosi utama akibat
daripada stres jika tidak dikawal. Marah mengakibatkan kesan emosi negatif kepada
individu dan menjejaskan keupayaan untuk berfungsi secara optimum. Kemarahan
boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh berlaku secara spontan atau
perlahan-lahan.


DEFINISI KEMARAHAN
Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan
merupakan kesan emosi akibat daripada:-
i) Sakit hati / kecewa
ii) Ancaman / ugutan
iii) Penderaan fizikal
iv) Kehilangan


TANDA-TANDA MARAH
i) Fizikal
• Mengetap gigi
• Sakit / pening kepala
• Tangan berpeluh
• Muka merah padam


ii) Emosi
• Sedih
• Rasa bersalah
• Geram
• Gelisah

iii) Tingkah laku
• Menangis
• Menjerit
• Mengeluarkan kata-kata kesat
• Mengasingkan diri

LANGKAH 3B
i) B : Berhenti
• Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda mempunyai masa untuk
mempertimbangkan situasi (melihat dan mendengar).
• Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas dengan mendalam, atau
membaca doa.
• Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan tempat kejadian
dengan serta merta.


ii) B : Berfikir
• Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda sebelum bercakap
dengan orang yang anda marah.
• Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut.
• Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan.
• Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama dan jangan ambil
hati.


iii) B : Bertindak
• Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi perkara yang
menimbulkan kemarahan.
• Gunakan daya tindak yang berkesan (Sila rujuk Unit 5)

Sumber: infosihat.gov.my

Jom tonton perkongsian cikgu ini
Posted in kata-kata hikmah

ANDA HEBAT!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsian cikgu kali ini pendek sahaja namuan sangat bermakna! Cuba renungi kata-kata yang terdapat pada poster di bawah. Semoga dapat memberikan suntikan motivasi kepada anda.

Posted in SATU HARI SATU INFO

JOM LIHAT APAKAH GAYA BELAJAR ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung setia ‘teratak’ cikgu. Hari ini cikgu ingin berkongsi tentang gaya belajar. Umumnya ada 3 jenis gaya belajar iaitu Visual, Auditori dan Kinestatik, Namun ada 2 jenis tambahan lagi iaitu Fokus dan Fleksibel. Nak tahu apa gaya belajar anda? Jom baca perkongsian ini.

Apakah gaya belajar anda?

GAYA BELAJAR VISUAL, AUDITORI, KINESTETIK, FOKUS DAN FLEKSIBEL

CIRI-CIRI GAYA BELAJAR VISUAL

  1. Boleh mengingat dengan lebih cepat dan kuat dengan melihat.
  2. Tidak terganggu dengan suara-suara yang bising.
  3. Memiliki hobi membaca.
  4. Suka melihat dan mendemonstrasikan sesuatu.
  5. Memiliki INGATAN yang kuat tentang bentuk, warna, dan pemahaman artistik.
  6. Memiliki kemampuan MELUKIS dan mencatat sesuatu dengan detail.
  7. Lebih mudah mengingat dari yang DILIHAT daripada yang didengar
  8. Lebih suka membaca daripada dibacakan
  9. Berbicara dengan tempo agak cepat (lambat sikit)
  10. Sangat prihatin dengan penampilan dan pakaian
  11. Lebih menyukai melakukan demonstrasi daripada pidato
  12. Susah menerima arahan secara mulut kecuali ditulis
  13. Tidak mudah terganggu dengan keramaian
  14. Suka melukis apa pun di kertas

KAEDAH BELAJAR VISUAL

  1. Cara belajar orang Visual yang paling tepat iaitu dengan cara guna mindmap, (peta minda) video ilustrasi, alat tulis berwarna, pembelajaran menggunakan bentuk.
  2. Belajar dari gambar ataupun video yang menarik
  3. Membaca buku yang tidak hanya tulisan saja tetapi juga memiliki ilustrasi.
  4. Ketika belajar boleh sambil lakukan doodling supaya lebih fokus
  5. Gunakan pen atau marker berwarna-warni ketika membuat catatan.
  6. Membuat mind mapping untuk memudahkan belajar.

CIRI-CIRI GAYA BELAJAR AUDITORI

  1. Memiliki kemampuan mengingat yang baik dari mendengarkan.
  2. Tidak mampu berkonsentrasi untuk belajar jika suasananya bising.
  3. Suka mendengarkan cerita atau dibacakan cerita.
  4. 4.Suka bercerita dan berdiskusi.
  5. Boleh mengulangi informasi yang di dengarnya.
  6. Lebih mudah mengingat sesuatu dari apa yang didengar daripada yang dilihat
  7. Senang mendengarkan
  8. Mudah terdistraksi dengan keramaian
  9. Kesulitan dalam tugas atau pekerjaan yang melibatkan visual
  10. 10.Pandai menirukan nada atau pun irama suara
  11. 11.Senang membaca dengan mengeluarkan suara atau menggerakkan bibir mereka
  12. 12.Biasanya merupakan pembicara yang fasih
  13. 13.Mudah dalam mengingat nama saat berkenalan dengan orang baru

KAEDAH BELAJAR AUDITORI

  1. Untuk orang jenis auditori cara belajar yang tepat ialah dengan muzik, menggunakan media auditori, berdiskusi, bercerita di hadapan kelas, dan lainnya.
  2. Murid yang dominan dengan gaya belajar ini biasanya ketika menghafal akan membaca dengan bersuara kuat, kata-kata yang dihafalnya dan menjadi lebih efektif baginya ketika diucapkan dan dia dengar kembali.
  3. Dengarkan muzik yang disukai. Cari lagu nasyid yang isinya tentang akhlak, adab, ibadah, kehambaan.
  4. Apabila membaca buku, boleh sambil DIUCAPKAN dengan suara perlahan untuk lebih mudah mengingat.
  5. Bila Mendengar cikgu mengajar berikan FOKUS yang tinggi.
  6. Belajar dengan berbincang bersama kawan supaya lebih mudah memahami dan mengingat isi mata pelajaran.

CIRI-CIRI GAYA BELAJAR KINESTATIK

  1. Ketika menghafal iaitu dengan cara berjalan atau membuat gerakan- gerakan.
  2. Menyukai belajar dengan praktik langsung atau menyentuh secara langsung.
  3. Anak yang aktif dan banyak bergerak, memiliki perkembangan otak yang baik.
  4. Menggunakan objek nyata sebagai alat bantu.
  5. Menyukai aktiviti pembelajaran yang aktif atau permainan
  6. Menyenangi belajar dengan metode praktik
  7. Kadang kesulitan dalam menulis tetapi pandai dalam bercerita
  8. Menyukai aktiviti yang melibatkan gerakan tubuh seperti sukan atau menari
  9. Saat berkomunikasi banyak menggunakan isyarat tubuh
  10. Menghafal dengan cara berjalan atau melihat

KAEDAH BELAJAR KINESTATIK

  1. Cara belajar yang boleh diterapkan iaitu dengan menggerakkan jari
  2. Ada juga yang mengesyorkan sambil belajar mengunyah cewinggum, mengeksplore lingkungan dengan berjalan jalan, dan lainnya.
  3. Untuk murid, cara belajar untuk anak dengan gaya belajar kinestetik ini boleh dengan membuat permainan seperti drama, praktikal skill, menari, bermain alat muzik, dan lain-lain.
  4. Bila sudah ada bahan belajar, cubalah segera untuk mempraktikkannya.
  5. Belajar sambil melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan, misalnya sambil berjalan atau menjetikkan jari.
  6. Melakukan eksperimen dari mata pelajaran yang didapatkan dari guru
  7. Boleh mengunjungi tempat yang berhubungan mata pelajaran, misalnya untuk pelajaran Sejarah boleh mengunjungi muzium

CIRI-CIRI GAYA BELAJAR FOKUS

  1. Bijak & Berilmu
  2. Kuat Berfikir
  3. Kerja Keras & Praktikal
  4. Bersemangat Siapkan Kerja
  5. Kemahiran Tinggi
  6. Cermat & Berhemah
  7. Suka Ilmu Suka Belajar Yang Baru
  8. Idea Hebat Suka Muhasabah Diri
  9. Kalau Cakap Boleh Sentuh Perasaan
  10. Kaji Sebelum Buat Keputusan
  11. Bermotivasi Tinggi Sistematik”

KAEDAH BELAJAR FOKUS

  1. Buat jadual belajar yang terstruktur sehingga apa yang ingin dicapai nampak dengan jelas.
  2. Konsisten melakukan atau mengerjakan tugas sesuai dengan jadual harian yang dibuatnya.
  3. Belajar dengan cara menghafal FORMULA, FORMULA ialah satu ringkasan yang dilambangkan oleh huruf, tanda dan lain-lain utk menyatakan sesuatu.
  4. Ciptalah AKRONIM. AKRONIM ialah kependekan yang berupa gabungan huruf
  5. Atau CIPTA suku kata
  6. Cubalah tidur awal, dan bangun awal untuk belajar diwaktu sunyi, awal pagi.

CIRI-CIRI GAYA BELAJAR FLEKSIBEL

  1. Boleh melakukan banyak tugas sekaligus.
  2. Mampu bekerjasama dengan orang lain dengan baik.
  3. Sensitive dan mampu melihat permasalahan dengan baik.
  4. Mampu mengutarakan dengan kata-kata tentang apa yang dilihatnya.

KAEDAH BELAJAR FLEKSIBEL

Gaya Belajar ada 5 cara. Iaitu Visual, Auditori, Kinestatik, Fokus dan Fleksibel. Bagi orang seperti anda. Gaya Belajar yang ditemukan dari sisi pandang tarikh lahir anda dalah Fleksibel. Fleksibel ertinya bebas membuat pilihan, tentunya anda mesti membuat ujicuba, test, gaya belajar mana kah yang paling tepat dengan anda. Dapatkan gaya Belajar yg sgt berkesan antara gabungan ke4 cara di atas BEBAS BELAJAR DENGAN MENGGUNA PELBAGAI CARA, YANG PENTING SESUAI DENGAN DIRI. ASALKAN APA YANG HENDAK DIPELAJARI DAN APA YANG DIFAHAMI NAMPAK DENGAN JELAS yang dia sudah menguasai.